Congratulations Izzah !

Aku kan sejenis manusia yang segan sikit nak post gambar sendiri banyak - banyak kat sosmed terutamanya di Facebook. Instagram pon boleh kata kadang - kadang la. So dari sekolah lagi gambar - gambar semua cuma bersusun dalam pendrive dan hardisk je. Bosan kan ? 😅 So bila dah ada sarang baru (blog ini), inilah tempat aku meluah rasa, tempat abadi kenangan, tempat nak merapu merapik. Sini tak open sangat. Hehe. Siapa yang jengah ke profile instagram aku (read : awak stalker 😆), maka dia lah antara pelawat - pelawat sarang aku ni. Hahahah. So hampa, entry kalini aku nak jamu hampa moment - moment aku duk ghenyih dalam mask, iaitu Hari Graduasi aku. Hehe. Aku technically habis belajar pada Disember 2019. 2 bulan aku tanam anggur, kemudian dapatlah panggilan bekerja, Alhamdulillah. 3minggu aku bekerja, negara kita diuji dengan musibah wabak Covid19. Maka aku kembali tanam anggur dirumah. Tapi kalini aku tanam sambil bergaji. Melalut dah ni. Jadinya hampa, istiadat konvo aku telah ditunda....