Posts

Showing posts from October 1, 2023

Combo part 2

 *Kalau ada yang terperasan tarikh enti ni di upload, confirm tergelak. Punya la lama 😆 Aku tetap pergi temuduga itu. Walaupun didalam kepala rasanya tak ada apa - apa buah fikiran tentang iv ni. Aku beranikan diri untuk memandu ke Kuala Kangsar seorang diri. Suratan Tuhan tak akan berubah, aku sangkakan perjalanan aku smooth sahaja. Eh, tidak semudah itu wahai Norul Izzah 😂di tengah - tengah perjalanan, lebuhraya yang aku lalui tiba - tiba sahaja sesak sehingga semua kenderaan terpaksa memandu perlahan sejauh 5 kilometer.  Sudahlah jantung ini berdebar - debar bagai mesin gerudi kuatnya, tambah pula dengan situasi menghadap jem ini. Sekarang perut pula dah mula meragam.  Akhirnya, aku sampai ke destinasi yang dituju. Aku tunaikan solat zohor di masjid berdekatan kemudian terus menuju ke tempat temuduga.  Seingat aku, giliran aku di temuduga ialah giliran yang ketiga. Aku selesai ditemuduga setelah disoal selama 30 minit oleh panel - panel Majlis Perbandaran Kuala ...