Combo Part 1

Aku teringat insta story aku beberapa hari lepas. "Kalau kalini going well (interview kerja), sis update dalam blog In Shaa Allah. Kalau kelaut, sis duk dendiam jelah." Mari, aku nak bercerita. Tapi, entri ini panjang. Aku minta maaf ya. Aku tak boleh nak ringkaskan πNanti aku buat banyak part. Minggu ini aku lalui detik - detik masa yang sangat laju. Rasa macam semua jadi sekelip mata. ISNIN / 30 Jan 2023 Aku ada program Kursus Pengendalian Jenazah bersama anak - anak didik Tahun 5 & 6 di sekolah. Kelas Bahasa Arab online yang aku join dibatalkan, ustaz dan keluarganya terkena demam influenza. Alhamdulillah π dapatlah aku study untuk temuduga nanti. Dapatlah study juga dalam 30 minit sebelum tidur. SELASA / 31 Jan 2023 Murid Tahun 5 ramai yang tak hadir. Alhamdulillah, rasa macam petang ni kelas aku teramatlah santai, aku boleh nampak anak - anak enjoy speaking arab. π. Menjelang maghrib, ummi dapat call dari along. Cemas je bunyinya. Hati aku dah berdeba...