Combo Part 1
Aku teringat insta story aku beberapa hari lepas.
"Kalau kalini going well (interview kerja), sis update dalam blog In Shaa Allah. Kalau kelaut, sis duk dendiam jelah."
Mari, aku nak bercerita. Tapi, entri ini panjang. Aku minta maaf ya. Aku tak boleh nak ringkaskan πNanti aku buat banyak part.
Minggu ini aku lalui detik - detik masa yang sangat laju. Rasa macam semua jadi sekelip mata.
ISNIN / 30 Jan 2023
Aku ada program Kursus Pengendalian Jenazah bersama anak - anak didik Tahun 5 & 6 di sekolah.
Kelas Bahasa Arab online yang aku join dibatalkan, ustaz dan keluarganya terkena demam influenza.
Alhamdulillah π dapatlah aku study untuk temuduga nanti. Dapatlah study juga dalam 30 minit sebelum tidur.
SELASA / 31 Jan 2023
Murid Tahun 5 ramai yang tak hadir. Alhamdulillah, rasa macam petang ni kelas aku teramatlah santai, aku boleh nampak anak - anak enjoy speaking arab. π.
Menjelang maghrib, ummi dapat call dari along. Cemas je bunyinya. Hati aku dah berdebar, apa pula la yang terjadi.
Nah, tempelakku mengena tepat.
Along KEMALANGAN ! Dia baru pulang dari kerja menuju rumah, dan dilanggar oleh seorang lelaki muda dari belakang kenderaan. Lelaki itu cuba melarikan diri namun telah ditarik dan dipegang oleh orang ramai. Rupa - rupanya dia juga cedera kerana jatuh dari motorsikal. Along dibawa ke Hospital Kajang menaiki ambulans. Guess what ? Lelaki itu pun turut naik ambulans juga.
Najmi pantas datang ke tempat kemalangan dan hantar beberapa keping gambar didalam group whatsapp keluarga. Mujurlah ada dia yang sama tempat kerja dengan along. Hmmm, aduhai, teruk keadaan along. Luka penuh merata badan.
Aku masih lagi cuba berlagak tenang walaupun urat - urat kepala sudah makin berpintal.
Perancangannya esok hari abah akan menemani aku ke Kuala Kangsar untuk temuduga, tapi nampak gayanya malam ini mungkin abah akan ke Selangor melihat keadaan Along yang teruk.
Termenung aku berfikir - fikir.
Adakah aku patut menemani abah memandu ke Selangor malam ini ?
Adakah abah mampu memandu 4 jam seorang diri ? abah baru sembuh minor stroke.
Macam mana temuduga esok ? Pergi atau lupakan sahaja hasrat itu ?
Apa akan jadi dekat kucing - kucing asuhan aku nanti ? *aku ambil job mengasuh kucing - kucing client aku yang mengerjakan ibadah umrah selama 10 hari.
Ya Rabb, aku di PERSIMPANGAN.
Akhirnya, abah pergi ke selangor juga ditemani kakak. Risaunya aku tak terhingga banyak. Abah seorang sahaja yang memandu sebab kakak belum ada lesen kereta. Hal - hal temuduga semua dah lenyap dari kepala. Blank sahaja minda pada malam itu. Hati aku sudah pasrah jika esok aku tidak dapat hadir temuduga kerja. Kesihatan Along lebih penting. Kami semua tak keruan bila melihat gambar - gambar along terbaring diatas jalan. Ya Allah jangan lah ada kecederaan dalaman !
Kami sepakat untuk tidur lewat sambil menunggu kakak update langkah perjalanan mereka melalui group whatsapp.
Bersambung . . . . . . .
*Aku letih sikit, nanti aku sambung semula ya.
Comments
Post a Comment