Kenapa buat Blog ?
Adakah aku seorang je macam ni atau orang lain pun boleh relate dengan keadaan ni ?
Situasi : Kau dapat buah idea untuk entri blog yang seterusnya dalam timing masa yang tak kena 😅
Contoh, masa tengah memandu, masa tengah mengajar dalam kelas, masa nak tidur 😆 dan sebagainya lah. Aduhai... Selalunya bila tiba - tiba idea pop out ni aku akan cepat - cepat catat la kat memana sebabnya kadang - kadang benda macam ini akan masuk dalam short-term memory aku. Hahahah. Cepat dia muncul, cepat jugalah dia ghaib.
Okay, back to the tittle. Kenapa buat Blog ?
Boleh ke nak jawab - suka hati akulah. Hahahahah. Gurau. ✌
Aku mula ada blog waktu umur tingkatan 3. Masa tu tahun 2010. Mana aku belajar segala benda ni? Sebenarnya abah yang create emel, domain, dan wujudkan seketul blogspot tu untuk aku. Abah ajar macam mana nak edit semuanya, tambah gadget - gadget, letak lagu, buat tulisan cantik - cantik merelip merelap. Ni blog lama aku > https://eyzzah.blogspot.com/
2012, Aku tingkatan 5 dah. |
Perlahan - lahan aku study & explore tentang blospot.
Waktu itu juga memang zaman kemuncak blogspot dan seangkatan dengannya naik. Mostly kawan - kawan even siblings aku semua ada blog masing - masing. Zaman tu juga (12 tahun lepas yeop) platform - platform lain tengah hot. Contohnya MySpace, Yahoo Mesengger (favourite ), Facebook dan lain - lain.
Blog aku yang lama ada lagi tak ? Jawapan : Ada 😂 cuma aku dah tak boleh log in kerana dah lupa emel yang lama. Macam - macam cara dah cuba tapi tak berjaya nak log in.
Tak apalah. Rezeki blog sampai situ sahaja. Jadilah memori je.
Patah balik sikit, waktu zaman itu, segala mak nenek gadget - gadget blog semua FREE weh. Yang free tu belambak. Kau taruk lagu lah, tulisan blink blink lah, pokoknya memang deco sungguh - sungguh blog masing.
Tapi sekarang, segala website - website gadget ni dah tak ada😓 semua dah dihapuskan dah. Kalau nak add gadget fancy - fancy sikit kena berbayar. Dan sistem blog yang sekarang pun aku masih lagi study, try and error sahaja. Kalau rajin sikit aku akan tengok tutorial di youtube je.
Aku taktahu sejak bila aku suka menulis di alam maya ni. Tapi macam dah sebati dalam diri. Hehe. Aku suka save moment tu ikut cara aku. Aku catat dan simpan. Gambar - gambar aku simpan. Kisah - kisah aku draft kan. Cuma bila dah 9 tahun tinggal blog ni, benda - benda simpanan aku ni disimpan merata - rata 😛 Grop Whatsapp Personal ada, Pendrive, Hard disk, Diari la dan macam - macam lagi. Bersepah.
So sekarang ni, aku menapak kembali lah bersama blog yang baru. Cuma kalini energy dia taklah sama macam energy time umur tingkatan 3. Hahahahah. Energy umur 27tahun. Paling teruk sebulan sekali update. 😝 Update selalu kang nampak sangat kau pulun.
Heh, sekian.
Aku dah ada tajuk untuk entri baru. Nanti aku update. Chao dulu 💋
Comments
Post a Comment