Part 1 : Bekerja di salon muslimah. Best ke ?

Tak tahu lah dari mana datangnya keberanian seorang Norul Izzah ni suatu ketika dulu (tak ada jual di shopee), dia pergi mohon kerja part time sebagai shampoo girl dekat salon muslimah. 😂 yang pastinya waktu itu dia tak berfikir panjang. Hahahah. 

Berbalik pada tajuk, best ke ? Mari sini aku tambah lagi persoalan lain. 
Susah tak kerja shampoo girl ? 
Apa cabaran bekerja di salon ?
Apa pengalaman pahit manis bekerja dekat salon rambut ?
Best tak buat rambut orang ?

Amboi banyak nya. Hahah 😆😆 

Sebenarnya waktu tu aku masih lagi seorang pelajar ijazah. Cuma ketika itu dah sampai penghujung study. Aku kerja shampoo girl ni waktu semester kedua terakhir. Alhamdulillah waktu tu masa lapang agak banyak, subjek pun cuma 2 rasanya. Masa aku banyak terbuang dekat rumah sewa setelah tolak tolak part  masa mengulang Al Quran. 

Honestly, Housemate aku yang forward iklan jawatan kosong tu, kebetulan waktu tu memang waktu super duper lapang. Maka aku pun terus whatsapp owner salon tu. Cepat sahaja respon nya. Katanya Salon Muslimah itu baru berpindah ke tempat baru dan akan dibuka lagi seminggu. Ownernya terus panggil interview pada hari tersebut walaupun aku kata resume belum sempat lagi aku print. 😅

Long short story, bermula lah hari - hari aku sebagai pekerja part time di salon muslimah.

Gambar google. Lebih kurang macamni rupa salon tu.



Banyak benda yang aku baru PERTAMA KALI TAHU setelah bekerja di sana ya😂 kebanyakan nya tentang prosedur & pakej yang ditawarkan disana. Mari sini aku list :-
  1. Cuci Rambut - Kita mula dengan letak shampo dulu pada rambut yang kering. Then barulah letak air sedikit demi sedikit untuk buat buih. (selalunya kita basahkan rambut dulu kan, baru tauk shampo) 😁
  2. Kalau nak potong rambut, kena makesure rambut pelanggan tidak berminyak. Kalau tak, proses nak memotong rambut akan jadi sukar. 
  3. Pakej potong rambut rupanya ada BANYAK JENIS. Hahah. Ku ingat kan sejenis je. Pergi kedai bagitau nak potong rambut cenggini cenggitu. Di salon ni ada 2 jenis pakej potong rambut & harganya pun berbeza. pakej 1 : potong sama manakala pakej 2 : potong fesyen. selalunya cus pilih pakej yang ke 2. 
  4. Tempoh masa seorang perempuan buat rambut di salon selalunya LAMA. Aku ulang lagi skali ya - LAMA 😂😂 Kau jangan expect settle semua setengah jam macam orang lelaki. Paling cepat 1 jam - 1jam suku. Paling lama pelangggan kat salon aku kerja, ada dalam 6jam. Hahahahahah. So kalau time tu tengah lapar, better gi makan dulu bagi kenyang. Atau pergi solat dulu OR ladies pilih la untuk buat rambut time hampa tengah period. Tak kacau waktu solat. 

Huh, panjang eh. Kiranya aku tak salah pilih tajuk untuk entri kali ini. haha. Aku dah siap - siap letak part 1 dekat tajuk. Jadiiii, in shaa Allah akan ada next sharing 💚

Aku nak share nanti journey jadi shampoo girl tanpa sebarang pengalaman dan kelulusan dalam bidang ni. 😜 See u next entry !


Eh, btw korang yang baca entri ni, rasa - rasa seronok ke tidak kerja kat salon eh ? 😝 



Comments

Popular posts from this blog

Combo part 2