Part 2 : Menjadi shampoo girl tanpa pengalaman bekerja ?

Honestly, sewaktu pergi interview kerja salon ni aku tak letak harapan tinggi pun samada aku diterima bekerja ataupun tidak. Sebab pekerjaan ni dalam bahagian servis yang mana memang perlukan kemahiran dalam bidang berkaitan. Kau ingat potong rambut orang main belasah taram je ke. 😅 Dengan aku punya bidang belajar yang memang 100% lari sungguh la dari bidang ni. 

Al Quran VS Dandanan Rambut. Gila berbeza. Hahahahah.

Tapi disebabkan kriteria pekerja didalam iklan jawatan kosong tu tidak terlalu details. So aku pun pergi je mencuba. Dan....surprisingly, owner tu terima aku bekerja disana as shampoo girl.......

DAH. Tak payah heran. 😂 Sini aku story. Banyak benda basic yang aku belajar dari zero tentang dandan rambut. Terlalu banyak, tapi aku pick beberapa perkara je.  Antaranya ni la :-

  • Aku dilatih cara mencuci rambut pelanggan. Start dari step pertama sampai selesai. First aku tengok cara boss aku shampoo rambut cus, kemudian giliran aku pula cuba praktikkan prosedur tu. Kepala siapa yang pertama aku sentuh dalam salon tu ? Jeng jeng jeng.... kepala BOSS aku !! Hahahahahahah. Sumpah tak bohong weh. Bukan aku yang request la (Gila woi), tapi memang boss aku yang minta untuk jadi model nya. Aku rasa waktu ni kepala aku blank 5saat 😵 Kalau tak silap aku, dalam 5 kali cubaan mencuci rambut pelanggan barulah aku macam dapat tangkap dah rentak, gaya dan teknik mencuci rambut. 
    Gambar google

  • Aku diajar cara - cara untuk blow lurus rambut. Ini adalah antara prosedur yang agak susah bagi orang yang seumur hidup tak pernah blow rambut. Boss pun cakap selalunya pekerja - pekerja akan ambil masa lebih kurang setahun untuk betul - betul pandai blow rambut. Part ni la aku selalu kena tempik dengan boss 😂 sebab kalau salah teknik blow, rambut susah nak lurus dan ringan. Sebaliknya rambut cus jadi makin kembang. Haha. 1 lagi benda yang menambah kesukaran aku waktu awal2 belajar tu, HAIRDRYER DIA BERATT. 😆 Hahahah. Tak, tak. tangan aku yang lembik sebenarnya.  
    Gambar google

  • Aku belajar prosedur Rawatan Kulit Kepala (kelemumur) & Rawatan Rambut. Kalau hampa biasa ke salon. Pernah nampak kan kepala pelanggan yang duduk bawah steamer rambut tu ? Haa, itu lah treatment nya. Aku mesti kuasai keseluruhan prosedur ni kerana boss aku handle bahagian gunting rambut sahaja memandangkan ketika itu dia sedang hamil (baca : tak larat). Kesimpulannya aku perlu kuasai semua pakej yang tidak berkaitan dengan GUNTING RAMBUT sebab prosedur gunting rambut perlu dilakukan oleh orang yang pakar dalam bidangnya. Aku mesti KENAL & INGAT semua jenis produk serta ukuran bahan - bahan yang digunakan dalam satu - satu rawatan. 
    Gambar google

  • Aku tolong boss buat prosedur Inai kan rambut pelanggan. Mostly pelanggan yang datang nak inai rambut ni ialah golongan makcik - makcik (sudah beruban). Prosedur Inai rambut ni benda yang lama lebih kurang 4jam tolak tambah total masa. Jadinya setiap proses tu perlu dilakukan ikut timing nya zup zap zup zap siap. Sebab.....kalau lebih dari 4 jam tu, normally makcik - makcik semua dah bising lenguh sana sini 😅 Jadinya, bila orang mai nak inai, mesti yang handle tu 2 orang supaya siap cepat ! Lagi 1, kenapa inai rambut ni slalu makcik - makcik je ? orang muda takleh inai rambut ka ? Mengikut penerangan boss aku, warna Inai Original cuma akan "melekat" pada rambut yang beruban sahaja.

So...yeah, ini lah satu dua benda yang aku belajar selama menjadi shampoo girl ni. Banyak lagi benda lain hidden work yang aku dah belajar, Alhamdulillah. 

Tak larat nak type dah. Hahahah. Btw aku kerja sekejap je korang. 5 bulan je. Aku bagi notis berhenti waktu dah pertengahan semester yang terakhir sebab nak fokus imtihan final & aku plan nak ambil lesen motor kereta before habis sem terakhir. 

Jom aku share 2 3 gambar yang masih aku simpan waktu kerja sana.


Ni member aku tengah belajar gunting rambut.

Sorry aku tak boleh tunjuk gambar salon nya. Gambar pintu pon jadi lah ya. haha.

Hari - hari terakhir bersama Siti. Dia yang ganti lepas aku berhenti.


Bajet ayu 😆 Dak, aku balik kelas terus masuk keje.



Okay guys. Cerita pasal salon rambut aku habiskan disini sahaja 😊 bagi aku masa nak mikir tajuk apa pulak nak cerita lepasni 😛 Bye !


Comments

Popular posts from this blog

Combo part 2