Inner unrest

 Lamanya tak tulis. Hehe. 

Finally guys, it is December. December of 2022. 

Aku rasa, 2022 adalah salah satu antara tahun - tahun yang sangat adventure untuk seketul Norul Izzah. A solo roller coaster ride yang SPECIAL.

Bermula Januari - Appointment SOPD & Ultrasound for abnormal Thyroid Gland. (siapa sangka, 2 tahun lebih dah).

Februari - Busy macam lipas kud* for kenduri abang. Three of us positive covid ( Abah, kakak & me). Oh, this month my ex tunang kahwin gak.

Mac - Kenduri abang. Kenapa aku terpaling sibuk eh ? Macam aku plak kawen. Dak, pasai natang ni la backbone keluarga. Oh back again - appointment hospital for blood test & SOPD.

April - Welcome back to school ! 

Mei - Raya Aidilfitri & mengajar for double session. Ngaaa lagi ribut. Kerja pagi, petang & malam. Bila rehat ? time tidur je. Oh ya, sis convo degree bulan ni.

Jun - High fever & chronic dirrhea. 3 kali mc hanya berselang 2 hari sampai pertengahan julai πŸ˜‚ + suspek influenza. Demam panas sampai telinga pekak seketika seminggu. 50% je pendengaran. sadis tak πŸ˜‚ Dalam duk pekak pekak ni aku ngadap laptop buat soalan exam. kah kah.

Julai - Pak su kesayangan kami pulang ke rahmatullah. Parvo season. 4 ekor kucing kena sampai goku admit ward. 3 bulan duk rawat. sampai bulan 9.

Ogos - still kena demam2 sekali dua. Busy amali murid2. 

September - Trial UPKK. Renew roadtax, cari duit sampai korek merata πŸ˜‚ hahahah. aku sampai nangis2. BANJIR MASUK 1 RUMAH !

oktober - Abah admit ward kat seberang jaya. Minor stroke. 3 hari ulang alik taiping - penang. setiap minggu datang melawat abah. 

Nov - Abah is getting much better, Alhamdulillah sangat. - Bermula lah episode setiap minggu ulang alik taiping penang ambil & hantar abah.

Dis - . . . . . . Kakak positive covid lagi skali. Dan...πŸ˜‡ School trip to Melaka. 


Aku duduk seat paling depan dalam bas. Gerak pukul 5 pagi. Waktu gelap2 dalam bas tu aku chat adik aku sambil nangis. Entah, dada pressure gila time tu mungkin sebab penat sama, selalu apa apa memang luah kat adik. Aku gi melaka time tu dengan tangan kosong πŸ˜‚ aku just bayar tambang sebab dalam akaun dah liaw. TAPI, malam sebelum pi, mak anak murid hulur yuran ngaji, kakak yg tengah kuarantin selit duit lanje dalam sampul, pagi pagi pukul 4 umi bagi sekeping 50 lanje, puas tolak.

Tu yang aku nangis πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜… tak lain tak bukan ini semua urusan Tuhan. Padahal aku tak cakap kat siapa- siapa pon yang aku ni dah betul betul kering duit. Terima Kasih Tuhan :)



Banyak nye lahai yang terisi dalam 2022 ni. Rasanya benda paling kurang sekali aku dapat buat ialah REHAT. Hahahah. 


Aku doakan untuk kita semua, moga 2022 ini menjadi tahun yang manis & banyak ibrah buat kita semua. Tahun depan aku nak doa lain pulak. hehe. 


Thank u again, awak nya, yang sedang membaca ni. πŸ’ 

Comments

Popular posts from this blog

Combo part 2