Posts

Combo part 2

 *Kalau ada yang terperasan tarikh enti ni di upload, confirm tergelak. Punya la lama 😆 Aku tetap pergi temuduga itu. Walaupun didalam kepala rasanya tak ada apa - apa buah fikiran tentang iv ni. Aku beranikan diri untuk memandu ke Kuala Kangsar seorang diri. Suratan Tuhan tak akan berubah, aku sangkakan perjalanan aku smooth sahaja. Eh, tidak semudah itu wahai Norul Izzah 😂di tengah - tengah perjalanan, lebuhraya yang aku lalui tiba - tiba sahaja sesak sehingga semua kenderaan terpaksa memandu perlahan sejauh 5 kilometer.  Sudahlah jantung ini berdebar - debar bagai mesin gerudi kuatnya, tambah pula dengan situasi menghadap jem ini. Sekarang perut pula dah mula meragam.  Akhirnya, aku sampai ke destinasi yang dituju. Aku tunaikan solat zohor di masjid berdekatan kemudian terus menuju ke tempat temuduga.  Seingat aku, giliran aku di temuduga ialah giliran yang ketiga. Aku selesai ditemuduga setelah disoal selama 30 minit oleh panel - panel Majlis Perbandaran Kuala ...

Combo Part 1

Image
Aku teringat insta story aku beberapa hari lepas.  "Kalau kalini going well (interview kerja), sis update dalam blog In Shaa Allah. Kalau kelaut, sis duk dendiam jelah." Mari, aku nak bercerita. Tapi, entri ini panjang. Aku minta maaf ya. Aku tak boleh nak ringkaskan 😊Nanti aku buat banyak part. Minggu ini aku lalui detik - detik masa yang sangat laju. Rasa macam semua jadi sekelip mata.  ISNIN / 30 Jan 2023 Aku ada program Kursus Pengendalian Jenazah bersama anak - anak didik Tahun 5 & 6 di sekolah.  Kelas Bahasa Arab online yang aku join dibatalkan, ustaz dan keluarganya terkena demam influenza.  Alhamdulillah 😂 dapatlah aku study untuk temuduga nanti. Dapatlah study juga dalam 30 minit sebelum tidur. SELASA / 31 Jan 2023 Murid Tahun 5 ramai yang tak hadir. Alhamdulillah, rasa macam petang ni kelas aku teramatlah santai, aku boleh nampak anak - anak enjoy speaking arab. 😆. Menjelang maghrib, ummi dapat call dari along. Cemas je bunyinya. Hati aku dah berdeba...

Teman

Image
 Aku sedar akan suatu perkara, yang aku lebih selesa berteman dengan haiwan berbanding manusia.  Nah, cliche gila kan ayat ni. *kesah pula aku. Ya betul, untuk seorang izzah. Dia lebih dekat, lebih ramah dan lebih mesra dengan haiwan terutamanya kucing. 😸 Malah aku jadikan "teman" itu sebagai salah satu sumber rezeki.  Ek. Biar bonaa.  Ha, betul. Salah satu side income aku adalah MENEMANI KUCING. 😂 Cane aku convert hobi jadi aktiviti jana duit ? Aku bukak iklan sape nak bercuti / travel / holiday tapi takde sape nak jaga kucing kt rumah.  Haa, meh la aku temankan kucing hang. Aku bagi makan, aku teman kan, aku main - main dengan dia, cuci jamban dia. Macam mengasuh la. Asalkan dia tak sunyi, dia tak stress dan tak mengalami separation anxiety since tuan dia gi holiday. Asalkan dia boleh relax macam hari - hari biasa macam tuan dia ada. Itulah kerja aku. Aku suka kerja aku. Aku enjoy dengan kerja aku walaupon terkadang time management lari jugak la. Tapi itu cu...

Inner unrest

Image
 Lamanya tak tulis. Hehe.  Finally guys, it is December. December of 2022.  Aku rasa, 2022 adalah salah satu antara tahun - tahun yang sangat adventure untuk seketul Norul Izzah. A solo roller coaster ride yang SPECIAL. Bermula Januari - Appointment SOPD & Ultrasound for abnormal Thyroid Gland. (siapa sangka, 2 tahun lebih dah). Februari - Busy macam lipas kud* for kenduri abang. Three of us positive covid ( Abah, kakak & me). Oh, this month my ex tunang kahwin gak. Mac - Kenduri abang. Kenapa aku terpaling sibuk eh ? Macam aku plak kawen. Dak, pasai natang ni la backbone keluarga. Oh back again - appointment hospital for blood test & SOPD. April - Welcome back to school !  Mei - Raya Aidilfitri & mengajar for double session. Ngaaa lagi ribut. Kerja pagi, petang & malam. Bila rehat ? time tidur je. Oh ya, sis convo degree bulan ni. Jun - High fever & chronic dirrhea. 3 kali mc hanya berselang 2 hari sampai pertengahan julai 😂 + suspek influen...

Congratulations Izzah !

Image
Aku kan sejenis manusia yang segan sikit nak post gambar sendiri banyak - banyak kat sosmed terutamanya di Facebook. Instagram pon boleh kata kadang - kadang la. So dari sekolah lagi gambar - gambar semua cuma bersusun dalam pendrive dan hardisk je. Bosan kan ? 😅 So bila dah ada sarang baru (blog ini), inilah tempat aku meluah rasa, tempat abadi kenangan, tempat nak merapu merapik. Sini tak open sangat. Hehe. Siapa yang jengah ke profile instagram aku (read : awak stalker 😆), maka dia lah antara pelawat - pelawat sarang aku ni. Hahahah. So hampa, entry kalini aku nak jamu hampa moment - moment aku duk ghenyih dalam mask, iaitu Hari Graduasi aku. Hehe. Aku technically habis belajar pada Disember 2019. 2 bulan aku tanam anggur, kemudian dapatlah panggilan bekerja, Alhamdulillah. 3minggu aku bekerja, negara kita diuji dengan musibah wabak Covid19. Maka aku kembali tanam anggur dirumah. Tapi kalini aku tanam sambil bergaji. Melalut dah ni. Jadinya hampa, istiadat konvo aku telah ditunda....

Acik

Image
 Hampir setahun sudah, aku simpan ni. Aku tak ada  tempat nak luahkan semua rasa ini. Kebanyakan masa nya aku cuma monolog didalam hati. Bagi aku, ahli keluarganya lebih sedih, isteri nya juga pasti sedih dengan kehilangan besar ini. Tapi aku juga tak mampu tipu diri sendiri. Aku turut merasa sedih. Hanya ingatan, doa & hadiah pahala bacaan surah Al Fatihah sentiasa mengiringi.  Acik, 10 bulan sudah kamu pulang, namun batas waktu kita tidak sama. Moga Acik tenang disana. Semalam akak dan kak Tiqah datang ziarah mama dan abah. Hasrat mama nak berjumpa dengan akak dan makan - makan sebelum bergerak ke tanah suci. Kata mama, Fiqa dan Amani pun akan datang sebab nak jumpa tok abah & opahnya 😊 Kali ini rasanya dah tak mampu nak berdalih lagi. Mesti kena datang juga jumpa mama. Ada rezeki dapat juga jumpa Fiqa dan Amani ! Acik, pertama kali melihat Amani depan mata, wajahnya persis kamu cik. Akak lihat Amani dikelilingi oleh orang - orang yang sangat menyayanginya. Ama...

Kenapa buat Blog ?

Image
 Adakah aku seorang je macam ni atau orang lain pun boleh relate dengan keadaan ni ?  Situasi : Kau dapat buah idea untuk entri blog yang seterusnya dalam timing masa yang tak kena 😅 Contoh, masa tengah memandu, masa tengah mengajar dalam kelas, masa nak tidur 😆 dan sebagainya lah. Aduhai... Selalunya bila tiba - tiba idea pop out ni aku akan cepat - cepat catat la kat memana sebabnya kadang - kadang benda macam ini akan masuk dalam short-term memory aku. Hahahah. Cepat dia muncul, cepat jugalah dia ghaib. Okay, back to the tittle. Kenapa buat Blog ?  Boleh ke nak jawab - suka hati akulah. Hahahahah. Gurau. ✌ Aku mula ada blog waktu umur tingkatan 3. Masa tu tahun 2010. Mana aku belajar segala benda ni? Sebenarnya abah yang create emel, domain, dan wujudkan seketul blogspot tu untuk aku. Abah ajar macam mana nak edit semuanya, tambah gadget - gadget, letak lagu, buat tulisan cantik - cantik merelip merelap. Ni blog lama aku >  https://eyzzah.blogspot.com/ 2012, ...